D’Aman 80 tiang tinggal jauh harumanis Perlis

- Advertisement -

JERAI: Harumanis jenama Kedah, D’Aman mampu mendominasi pasaran negara dalam sedikit masa lagi, demikian keyakinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,

- Advertisement -

Beliau secara berseloroh berkata, harumanis D’Aman sudah ’80 tiang’ sebagai menunjukkan perbezaan jarak jauh meninggalkan harumanis Perlis daripada segi keluasan saiz dan tanaman.

“Harumanis Kedah ini telah mula meraih perhatian peminatnya dan sudah jauh meninggalkan populariti harumanis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lepas.

“Saya yakin ia mampu mendominasi pasaran dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di Yan, di sini hari ini.

Hakikatnya tegas beliau,  harumanis asalnya dari Kedah, tetapi dikomersialkan di negeri lain di mana di negeri ini ditanam secara persendirian dan yakin ramai akan jadi pekebun kecil D’Aman selepas ini.

“Harumanis Kedah memang boleh atasi harumanis di Perlis. Sekarang kita bersaing rapat walaupun baru mula tahun lepas. – HARAKAHDAILY 5/5/2024

- Advertisement -