Chegu Bard ditahan berkaitan hantaran kasino di Forest City

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai CheguBard ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Dang Wangi hari ini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.

- Advertisement -

Menurut peguambela, Rafique Rashid, penahanan tersebut dilakukan atas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman akan didengar di IPD Dang Wang pada jam 8:45 pagi,” katanya.

Menerusi hantaran Che’gu Bard di Facebook, beliau menyindir Perdana Menteri mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City.

Katanya, isu tersebut turut dilaporkan oleh Bloomberg yang merupakan antara media perniagaan dan pelaburan antarabangsa terkenal di dunia. – HARAKAHDAILY 28/4/2024

- Advertisement -