PN umum calon PRK Kuala Kubu Bharu minggu depan

- Advertisement -

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) optimis mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS dan PN akan bekerja keras bagi merampas kerusi tersebut.

“Tidak ada istilah kerusi berkenaan kubu kuat siapa sebaliknya kita akan bekerja habis-habisan bagi merampas kerusi yang dipertandingkan.

“Kita jangka PN akan mampu memperolehi kemenangan di PRK Kuala Kubu Bharu nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan, di sini, hari ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ketika ditanya berhubung calon PN yang akan dikemukakan, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan mengumumkan perkara itu pada Selasa ini.

“Kita akan mengadakan mesyuarat akhir sebelum membuat keputusan berhubung calon yang akan ditampilkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/4/2024

- Advertisement -