RM300,000 tangani kesan el Nino di kawasan pertanian

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 bagi menyediakan telaga tiub dan pam air bagi mengatasi masalah kekurangan air di kawasan pertanian.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, sebelum ini kerajaan negeri melulus peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan tersebut kesan fenomena el Nino sekarang.

Menurut beliau, Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi sentiasa memantau aktiviti pertanian ekoran musim kemarau.

“Baru-baru ini kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi.

“Hari ini kita tambah lagi peruntukan sebanyak RM100,000. Jadi jumlah keseluruhan RM300,000 dibelanjakan bagi membina telaga tiub, kalau tidak cukup insyaAllah kita boleh tambah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di MABNA Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; anggota-anggota Exco termasuk Dato Dr Izani Husin; Mohd Asri Mat Daud, Zamakhshari Muhamad dan Rohani Ibrahim. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

- Advertisement -