Perlis umum bonus raya RM500 untuk penjawat awam

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan bonus raya untuk kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM500.

- Advertisement -

Katanya, ia turut meliputi pemberian bonus kepada pesara penjawat awam negeri sebanyak RM250.

“Anugerah bonus ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan dan pesara atas pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas melayani rakyat Perlis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Shukri berharap, pemberian bonus itu dapat memberi dorongan kepada ekonomi tempatan, terutamanya kepada peniaga bazar Ramadan.

“Saya harap mereka dapat berbelanja dengan berhemah bagi memastikan sambutan hari raya yang gembira dan meriah dapat dinikmati oleh semua pihak,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, ujarnya tarikh pemberian bonus masih dalam proses pengurusan oleh pihak kewangan negeri namun dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

- Advertisement -