Kerajaan digesa tangani kekurangan pakar kardiotorasik

Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk memperkasakan semula latihan Laluan Sejajar bagi menangani isu kekurangan pakar kardiotorasik.

- Advertisement -

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan inisiatif bagi perkara tersebut kerana negara sangat memerlukan pakar kardiotorasik.

“Selain itu, universiti manakah pada masa kini yang mempunyai kursus (kardiotorasik) yang boleh untuk ditubuhkan pada masa kini dan apakah perbandingan program Latihan Sejajar yang berlaku di dalam negara,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud, berkata kementeriannya akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung penambahan bilangan pakar perubatan di negara ini secara spesifik di mana-mana universiti.

“Kita juga dalam usaha untuk menangani isu Laluan Sejajar yang memungkinkan pakar perubatan dan doktor untuk mendapatkan pengiktirafan itu,” katanya.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang meminta menteri menyatakan apakah inisiatif penting yang akan dilaksanakan oleh dalam agenda Kementerian Pendidikan Tinggi 2024. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -