Tangani sindiket pengurus wang haram warga asing

Dato' Abdul Khalib Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia diunjurkan kehilangan sebanyak RM70 juta dalam bentuk hasil cukai setiap tahun akibat aktiviti ekonomi bayangan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Dato’ Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) meminta kerajaan menyatakan strategi khusus dalam menangani sindiket pengurus wang haram warga asing yang didapati menjalankan operasi perniagaan perkhdimatan wang.

Perkara itu, termasuk usaha mencegah aktiviti wang tidak sah khusunya pengendali perkhidmatan wang haram menjalankan aktiviti di sebalik perniagaan kedai runcit dan telekomunikasi di kawasan tumpuan warga asing.

“Aktiviti itu sekali gus menyebabkan kiriman wang secara haram ke negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myamar dan Filipina.

“Justeru, apakah langkah mitigasi telah diambil mengambil kira implikasi pemindahan wang dana secara haram ke luar negara terhadap ekonomi terutama saiz ekonomi bayangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meminta penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, pemantauan perlu dilakukan secara sah untuk mengelak kerugian berlaku kepada negara. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -