Jualan amal PIKAT untuk tabung aktiviti amal

Tok Puan Jusmalailani Jusoh (kanan) bersama ahli PIKAT melakukan kerja-kerja gotong royong mengisi biskut raya di dalam bakul buluh sebagai jualan amal.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Khas Menteri Besar (PIKAT) Kedah, mengadakan jualan amal berupa bakul yang diisi lima balang biskut raya untuk dijual kepada orang awam, tahun ini.

- Advertisement -

Menurut pengerusinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh, hasil jualan amal itu akan dimasukan ke dalam tabung PIKAT untuk aktiviti amal.

“Bakul ini sangat cantik, dibuat daripada buluh dan di dalamnya diisi lima balang (lima jenis) biskut raya, dijual kepada orang awam dengan harga RM170 setiap satu.

“Keuntungan jualan amal ini akan dimasukkan ke tabung PIKAT untuk aktiviti amal seterusnya,” kata beliau di sini.

Dalam pada itu isteri kepada Menteri Besar Kedah itu juga memaklumkan, pihaknya menyediakan 1,000 beg berupa kuih raya untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan kuih raya, kata Jusmalailani merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada PIKAT untuk semua Ahli Parlimen di Kedah untuk diagihkan di kawasan-kawasan.

Katanya, kerja-kerja menyediakan beg jualan amal dan sumbangan dilakukan secara gotong-royong oleh anggota PIKAT di Dewan Melor Seri Mentaloon.

“Marilah kita bersama-sama membantu PIKAT dan membeli secara amal bakul kuih raya tahun ini,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 24/3/2024

- Advertisement -