DUN Bandar rai 130 penerima sambut Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Seramai 130 orang dalam kalangan ahli keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar telah diraikan di Mydin Mall, di sini semalam.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, semua mereka telah diberikan sumbangan untuk membeli pakaian bagi menyambut Aidilfitri.

Katanya, pihak pejabat DUN telah memberikan sumbangan wang tunai untuk membeli pakaian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Walaupun kerajaan negeri Terengganu tidak semewah tahun lalu akibat royalti yang belum dilunaskan, akan tetapi kita tidak pernah mengabaikan golongan seperti ini,” ujarnya.

Menurutnya, program itu anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar.

“Saya berharap majlis meraikan anak-anak ini sedikit sebanyak akan menceriakan dan menggembirakan sambutan Syawal yang menjelang tiba.

“Semoga Allah terima segala amalan kita pada bulan ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/3/2024

- Advertisement -