Ramadan: Sumbangan RM3,000 bantu pengurusan masjid, surau

- Advertisement -

PADANG BESAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad berharap sumbangan RM3,000 dapat membantu pengurusan masjid dan surau sepanjang Ramadan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah semalam kita dapat sampaikan sumbangan kepada lima masjid dan lima surau di sini.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu kos perbelanjaan serta pengurusan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan ini, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lima masjid di DUN tersebut iaitu Masjid Assyakirin Oran, Masjid Assobirin Kampung Gial, Masjid Ali Bin Abi Talib Perawah, Masjid Al-Islah Ngulang dan Masjid An Munawarrah Mata Ayer.

Program tahunan itu diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer, semalam.

“Sumbangan ini merupakan kesinambungan dari tahun lepas dan diberikan kepada masjid semua masjid di sini,” katanya yang juga Exo kerajaan negeri.

Tambahnya, pemberian sumbangan itu menunjukkan komitmen pihak DUN yang berterusan dalam menyokong keperluan kewangan institusi keagamaan tempatan. – HARAKAHDAILY 22/3/2024

- Advertisement -