53,370 tiket balik Kelantan habis terjual dua jam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur sempena Aidilfitri habis terjual dalam tempoh dua jam.

- Advertisement -

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, tiket yang terjual itu melibatkan 1,186 perjalanan bagi tempoh 4 hingga 9 April ini dan tiket berkenaan untuk tempoh dua minggu iaitu seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri.

“Setiap hari sebanyak 88 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan bergerak. Semua tiket itu habis sebaik sahaja pembelian dibuka dan ramai pelanggan membeli melalui dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada 300 asnaf di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai lebih 300 penduduk miskin dan anak yatim menerima sumbangan zakat tahun ini.

Beliau memberitahu, susulan itu pihaknya akan menambah antara dua hingga tiga bas lagi untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan bagi memenuhi permintaan pelanggan. – HARAKAHDAILY 22/3/2024

- Advertisement -