Ustaz Mokhtar menang saman pemimpin DAP

- Advertisement -

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan petang ini menolak tuntutan sayap pemimpin DAP, Edry Faizal Eddy Yusof yang juga bekas ADUN Dusun Tua yang menyaman Ustaz Mokhtar Senik.

- Advertisement -

Tuntutan tersebut dibuat oleh bekas ADUN DAP yang juga Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP ketika itu apabila tersebarnya poster yang menunjukkan gambar ADUN tersebut kononnya menafikan penglibatan DAP dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Menurut peguam mewakili Ustaz Mokhtar, Mohd Jamil Yaacob, dalam keputusannya Yang Arif Hakim telah membincangkan berkenaan dengan undang-undang berkenaan dengan fitnah.

Yang Arif menyatakan bahawa setelah meneliti keseluruhan keterangan dan juga dokumen yang dikemukakan Mahkamah mendapati bahawa pernyataan yang dibuat tidak terjerumus ke arah fitnah malahan ia hanyalah cemuhan bagi mereka yang menafikan penglibatan DAP dalam peristiwa tersebut.

Walau bagaimanapun, mahkamah tidak membuat perintah atas kos oleh kerana ia melibatkan isu awam.

Dalam prosiding tersebut, Ustaz Mokhtar diwakili oleh Mohd Jamil Yaacob dan Kamarulzaman Jusoh daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

Sekretariat
NGO Geng Ustaz – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -