PASTI jadi medan politik balas kerajaan Madani

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan Madani dianggap mengulangi langkah kerajaan Barisan Nasinal (BN) apabila menjadikan Pusat Tunas Asuhan Islam (PASTI) sebagai sasaran.

- Advertisement -

Bekas guru besar sebuah sekolah Mohd Adanan Hassan berkata, mereka mencipta pelbagai alasan bagi memberi imej buruk kepada PAS yang menjuarai sistem pendidikan Islam di negara ini.

Katanya, kejayaan PASTI terbukti apabila berkembang ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Lebih menarik lagi penduduk bukan Islam juga menghantar anak mereka ke PASTI kerana pusat pendidikan itu berjaya melahirkan murid yang berakhlak mulia,” katanya di sini.

Baru-baru ini, tular memo Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Rakyat dengan mengarah menjalankan pemeriksaan ke atas PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teas Islam (SMITI) di seluruh semenanjung dan Labuan.

Mohd Adanan yang juga ADUN Kelaboran berkata, guru yang berkhidmat di PASTI tidak sama dengan institusi prapendidikan lain kerana ia bukan berorientasikan keuntungan.

“Guru PASTI yang berkhidmat sejak PASTI diwujudkan tanpa sebarang rungutan, khidmat mereka secara sukarela bagi membentuk akhlak anak-anak murid mengikut acuan Islam,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, isu PASTI timbul semula kerana politik balas dendam biarpun mereka sedar PASTI menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam di negara ini.

“Mengapa hanya prasekolah PASTI sahaja yang dicari salah, sedangkan pihak lain tidak diberi perhatian.

“Ini mungkin kerana PAS semakin ‘menghijau’ dan disenangi rakyat sehingga mendapat kemenangan besar pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -