PAS ucap takziah buat keluarga Lee Kee Hiong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan salam takziah terhadap seluruh keluarga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia pada hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching menerusi Facebook pagi tadi yang mana perkara tersebut benar-benar mengejutkan pihak PAS itu sendiri.

- Advertisement -

Ucapan takziah turut diucapkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan bahawa pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak termasuklah dalam kalangan penduduk kawasan itu sendiri.

Beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013 setelah berjaya menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Malah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun yang lalu, Kee Hiong juga telah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti sebanyak 4,119 undi.

Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu dan menurut laporan berita beberapa akhbar harian Cina, majlis perkabungan beliau akan diadakan di Nirvana Centre Kuala Lumpur.

PAS juga berharap seluruh keluarga beliau dapat menguatkan semangat dalam menghadapi perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -