Tindakan berbeza jika fitnah pembangkang, kritik kerajaan?

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kebebasan media sangat membimbangkan kerana kebelakangan ini terdapat suatu platform yang perlu menurunkan kandungan, penutupan akaun, malah ada yang dipanggil untuk siasatan.

- Advertisement -

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, banyak pihak yang terlibat dalam isu itu dan sedia maklum yang paling pantas tindakan diambil sekiranya bersifat mengkritik kerajaan.

“Tetapi kalau sekiranya dia memfitnah kita di sebelah PERIKATAN NASIONAL (PN), tindakan itu tidak diambil dan tidak berjalan pun,” ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau mengambil contoh dirinya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), malahan Kementerian Komunikasi mengenai fitnah yang dilontarkan oleh seorang individu.

“Fitnah ini tidak diambil tindakan oleh SKMM. Saya bawa ke mahkamah, sehingga beliau akhirnya dibawa ke mahkamah dan meminta maaf kepada saya dalam mahkamah, mahkamah boleh selesaikan.

“Sehingga hari ini aduan yang dibuat kepada SKMM tidak berjalan,” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan peruntukan yang begitu banyak diberikan kepada Kementerian Komunikasi dan keberkesanan SKMM yang disifatkan hanya berat sebelah. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -