Program ‘street dakwah’ sangat bermakna – MB

Mohd Shukri (tengah) beramah mesra dengan Dato' Nellsen Young sambil disaksikan Haziq Asyraf.
- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menyifatkan program ‘street dakwah’ di Dataran 360, sangat bermakna.

- Advertisement -

“Program yang diadakan di Dataran 360 petang semalam sangat bermakna. Saya turut berbuka puasa dan solat Maghrib bersama-sama,” katanya yang bersama dalam program itu sehingga selesai.

Selepas program, beliau dan peserta lain bersolat tarawih di masjid berdekatan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) kerana mengadakan aktiviti yang baik itu.

“Semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di bulan yang mulia,” ujarnya lagi.

Program itu turut disertai Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif MyUS Group of Companies, Dato’ Nellsen Young.

Sementara itu, Ketua DPPNPs, Haziq Asyraf Dun berkata, program itu bagi menyantuni orang ramai semasa berbuka puasa.

Menurutnya, melalui program itu juga memberi peluang untuk berinteraksi secara dekat dengan rakyat.

“Peluang ini diambil untuk beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.

“Kami mengedarkan kurma kepada mereka, kemudian berbuka puasa bersama dan melaksanakan solat Maghrib berjemaah,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -