Terengganu siasat cubaan hidupkan semula ajaran ‘Ayah Pin’

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dan pihak berkuasa agama sedang menyiasat cubaan untuk menghidupkan semula ajaran ‘Ayah Pin’ di sekitar Besut.

- Advertisement -

Ajaran Ayah Pin itu telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun 1997. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, usaha daripada pihak tertentu untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan konsep ‘Kerajaan Langit’ sedang dipantau dengan rapi oleh kerajaan.

“Perkara ini sudah dalam makluman dan sedang dalam tindakan pihak berwajib,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika hubungi, di sini.

Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ atau nama sebenarnya, Tengku Azlan Raja Mamat yang merupakan Imam Masjid Gong Pasir, Besut pada Jumaat lalu mendedahkan ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut. 

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin yang mempunyai pengikut seramai lebih 150 orang.

Ariffin meninggal dunia pada 22 April 2016 ketika berusia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut akibat sakit tua. -HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -