Pencemaran: Menteri bercanggah agensi di bawahnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad disifatkan telah memberi kenyataan bercanggah dengan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dan Pulau Pinang.

Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkata, ia berkaitan dengan pencemaran yang berlaku di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim yang sebelum ini dipercayai berpunca daripada najis babi.

- Advertisement -

“Laporan yang mengatakan bahawa pencemaran itu ia berasal daripada itik. Jadi ia bukan berasal daripada babi. Jadi nampak gaya di sini akan ada percanggahan antara Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar Kedah.

“Saya nak tanya apa tindakan atau jaminan daripada pihak Kementerian berkaitan dengan isu penternakan yang dibuat secara tidak sah di tepi-tepi sungai ini?” soalnya semasa semasa sesi Penggulungan Menteri Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Fawwaz, sekiranya tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan dibimbangi pada masa akan datang isu berkaitan pencemaran akan timbul lagi.

Sementara itu Nik Nazmi dalam jawapannya berkata bahawa pencemaran di kawasan tepi sungai itu sememangnya berlaku.

“Ia adalah satu masalah yang kita hadapi dari masa ke semasa tidak kira ternakan apa pun. Sekiranya sisa mereka ataupun ada bahan-bahan buangan yang masuk secara terus kepada aliran air yang akan mendatangkan masalah,” ujarnya.

Tambahnya, pada tahun lepas Perdana Menteri telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri untuk memperusikan satu jawatankuasa khusus untuk melihat mengenai kualiti sungai-sungai yang ada di negara ini.

“Supaya kita ada satu penyelesaian yang bersifat holistik kerana ia sememangnya melibatkan banyak pihak sama ada JPS, pihak PBT, pihak Veterinar, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain lagi.

“Jadi kita akan memang ada tumpuan khusus yang kita buat ekoran daripada Mesyuarat Majlis Air tersebut dan isu pencemaran yang melibatkan ternakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -