Houthi Yaman tembak ‘kapal AS Pinocchio’ 

Seorang pejuang Houthi berdiri di atas kapal kargo Galaxy Leader di Laut Merah dalam gambar yang dikeluarkan pada 20 November 2023. (FOTO FAIL: Houthi Military Media/Reuters)
- Advertisement -

SANA’A: Houthi Yaman dilaporkan telah berjaya menyasarkan apa yang dirujuk sebagai ‘kapal Pinocchio milik Amerika Syarikat’ di Laut Merah dengan tembakan peluru berpandu.

- Advertisement -

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen tempatan pada awal hari ini Selasa (12 Mac) berkata, ia akan meningkatkan operasi ketenteraan pada bulan suci Ramadan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin dalam perang angkara serangan Zionis Israel di Gaza pada ketika ini.

Sementara itu, menurut pangkalan data awam yang dikendalikan oleh Equasis dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pinocchio ialah kapal kontena berbendera Liberia yang dimiliki oleh syarikat berdaftar Singapura OM-MAR 5 INC.

Terdahulu, serangan Laut Merah Houthi telah mengganggu perkapalan global, memaksa firma-firma perniagaan membuat semula laluan semula perjalanan yang lebih panjang dan lebih mahal di sekitar Afrika Selatan, dan mencetuskan kebimbangan bahawa perang Israel-Hamas boleh merebak untuk menjejaskan kestabilan Timur Tengah yang lebih meluas. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -