‘Walaupun kita ada wakil pembangkang tetapi layanan sama’

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, semua wakil rakyat dilayan sama rata tanpa mengira parti.

- Advertisement -

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan keadilan kerajaan negeri dalam menerajui pentadbiran.

“Walaupun kita ada wakil tunggal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tetapi layanan sama, tetap kami santuni rakyat dalam DUN ini, tidak diketepikan.

“Insya-Allah. Semoga Ramadan ini memberi sinar dan keberkatan rezeki buat negeri Perlis khususnya kepada rakyat yang dikasihi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan infaq Ramadan kepada rakyat yang memerlukan di Dewan 2020, di sini, pagi tadi. (Foto atas)

Mohd Shukri sempat berseloroh dengan satu-satunya wakil pembangkang, ADUN Indera Kayangan, Gan Ai Ling dengan menyatakan tidak lupa kepada pengundi beliau walaupun bukan kerajaan.

“YB Gan, kami tidak lupa pengundi YB, kita bagi sama rata dekat semua ADUN, bisik saya pada YB Gan Ai Ling, ADUN Indera Kayangan,” katanya.

Sebanyak 750 penerima dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih menerima sumbangan berbentuk barangan harian seperti minyak masak, gula, minuman kordial dan beras. – HARAKAHDAILY 11/3/2021

- Advertisement -