Tangani isu ambil graduan asing kerja – Ahmad Amzad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera menangani isu generasi muda yang bekerja di bawah kelayakan pendidikan dan bukan hanya berfokuskan kepada isu pengangguran secara umum, kata Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu).

- Advertisement -

Menyentuh isu lambakan graduan asing dalam sektor pekerjaan, beliau memetik laporan Jabatan Tenaga Kerja bahawa jumlah graduan asing yang bekerja di Malaysia meningkat sehingga 15 peratus setiap tahun. 

“Paling kita bimbang ia memberi impak yang besar terutama saingan kepada graduan tempatan. Rakyat rata-rata terkejut dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan graduan asing bekerja di sektor berteknologi tinggi negara.

“Cadangan tersebut mungkin munasabah sepertimana dijawab oleh menteri. Bahawa ini dikeranakan oleh ada sektor-sektor tertentu yang masih lagi tidak dapat diisi kerana ketiadaan graduan tempatan. Tetapi hendaklah cadangan itu bersifat sementara sahaja, mesti ada had masanya.

“Kerana isu matching keperluan jenis kemahiran yang diberikan oleh pelbagai institusi pendidikan, latihan dan kemahiran kepada rakyat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan oleh persaingan kerja telah lama diperkatakan sejak dulu lagi. 

“Jadi perkara ini perlu diselesaikan segera. Kalau tidak yang akan menjadi mangsa adalah graduan tempatan,” ujarnya dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

Tambahnya, cadangan untuk mengambil graduan luar negara itu perlu diperincikan lagi oleh kerajaan mengikut bidang sebenarnya yang diperlukan sekurang-kurangnya graduan dalam bidang tersebut tahu bahawa itulah keperluannya. 

“Sekarang ni dia cakap secara umum bidang teknologi tinggi. Teknologi tinggi dalam sudut apa? Kalau boleh diperincikan,” cadang beliau. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -