Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri lain boleh tergugat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di negeri-negeri lain juga akan tergugat pada masa hadapan biarpun setakat ini belum ada pihak yang ‘berhajat’ untuk mencabar undang-undang itu di negeri lain.

- Advertisement -

Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuka lorong untuk pihak lain berbuat perkara yang sama di negeri-negeri lain.

Katanya, walaupun jaminan peguam terbabit tidak berhasrat membawa petisyen sama ke negeri-negeri lain.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas petisyen Nik Elin Zurina sebelum ini akan membuka ruang dan pintu kepada cabaran di negeri-negeri lain.

“Perbuatan itu jelas akan memudahkan mana-mana pihak mencabarnya dengan alasan peruntukan tersebut tidak berperlembagaan.

“Apa yang diputuskan dalam kes Nik Elin membuka ruang yang luas di mana-mana pihak untuk mengemukakan cabaran terhadap apa-apa peruntukan atau undang-undang sebagai tidak berperlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di MABNA Kota Bharu ketika mengadakan pertemuan dengan Speaker DUN Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah di sini. (Foto atas)

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini dilapor berkata, kes Nik Elin akan memudahkan mana-mana pihak melakukannya dengan alasan peruntukan tersebut tidak berperlembagaan. – HARAKAHDAILY 29/2/2024

- Advertisement -