KPK catat keuntungan bersih RM4.3 juta 2023

Dr Izani Husin berucap pada perjumpaan dengan kakitangan KPK.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak syarikat kerajaan negeri, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM4.3 juta tahun lalu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani berkata, KPK merupakan sebuah syarikat yang mempunyai potensi besar untuk menempa kejayaan yang lebih jauh.

Katanya, keupayaan meningkatkan pengurusan syarikat sehingga berjaya mewujudkan produktiviti yang baik.

“Ini semua memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua staf, konsistensi kerja dan ikhlas dalam setiap tugasan yang dipertanggungjawab,” katanya di sini.

Dr Izani juga berkata, KPK berusaha meningkatkan produktiviti sehingga berkembang dengan baik sekarang selepas menempuh era agak suram sebelum ini.

“Sebagai Pengerusi KPK, saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh pengurusan KPK di atas usaha dan kerja kuat mereka selama ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/2/2024

- Advertisement -