Kelantan rakam tahniah Faisal penjaring terbaik Piala Asia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada pemain sayap negara, Faisal Halim atas kejayaannya dinobatkan penjaring terbaik Piala Asia Qatar 2023.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, kejayaan itu mencipta sejarah baru negara pada saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.

“Alhamdulillah ia satu pencapaian terbaik buat negara dan saya selaku Exco Sukan Negeri turut berbangga dengan pencapaian itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada aksi menarik sebelum ini pemain bertubuh cilik itu menggemparkan dunia bola sepak dengan memperdayakan pertahanan kental Korea Selatan, Kim Min-jae sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia.

Aksi itu akhirnya mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan dengan perlawanan berkesudahan 3-3.

Faisal merupakan tonggak lincah skuad Harimau Malaya mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyenaraikan gol Faisal ketika perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan di Stadium AlJanoub bersama tujuh lagi gol diundi sebagai gol terbaik kejohanan bola itu.

Beliau memperolehi undian 85 peratus berbanding pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya 9 peratus, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (3 peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (1 peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (1 peratus). – HARAKAHDAILY 27/2/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!