MP Melayu-Islam perlu bersatu hati perkasa Syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menggesa Ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam supaya bersatu hati memperkasakan syariah Malaysia kerana ia tanggungjawab rentas parti.

- Advertisement -

Ketua Penerangannya, Aireroshairi Roslan berkata, hal demikian untuk memperjuangkan keutuhan undang-undang syariah mengikut lunas undang-undang dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jalan utama yang boleh digunakan ke atas pengkhianatan kepada undang-undang dan Mahkamah Syariah hari ini adalah dengan menggunakan kuasa legislatif Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Isu ini bukan lagi untuk diperselisihkan dalam kalangan ilmuwan, pengamal undang-undang mahupun ahli politik. 

“Dalam isu mustahak ini, tidak perlu ada kata dua atau pilihan buat semua ahli parlimen Melayu Islam,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Tambah beliau, kuasa yang membolehkan Ahli Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan mesti disatukan. 

“Perpecahan Ahli Parlimen Melayu-Islam hanya akan membuka lebih banyak ruang pencerobohan dan membantutkan usaha memperkasakan institusi undang-undang dan mahkamah syariah di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/2/2024

- Advertisement -