MACHANG: Keakraban masyarakat pelbagai kaum yang hidup saling bermuafakat dan cukup harmoni di Kelantan sama ada Melayu, Cina, India dan Siam cukup diketahui umum.
Sikap tolong-menolong antara pelbagai kaum di Kelantan telah terserlah sejak sekian lama hingga wujud hubungan muhibah yang unik dan cukup menyentuh hati.
Kekaguman itu dirakamkan sendiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohamed Fadzli Hassan meninjau masyarakat Tionghua di sini.
Sudah tentu keunikan masyarakat Cina di sini ialah mereka sangat fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.
“Inilah keistimewaan dan keunikan kaum Tionghua yang sukar ditemui melainkan hanya di Kelantan.
“Alhamdulillah, suasana harmoni dan aman dalam kalangan masyarakat kita telah menyatakan konsep perpaduan di negeri ini sudah lama dihayati dan dipraktikkan sesama kita semua,” ungkapnya.
Dalam sibuk dengan tugasan hariannya, Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan sempat mengunjungi 34 buah rumah warga Cina di sini.
Bbeliau bersama-sama petugas Pusat Khidmat ADUN Temangan melawat sekitar kampung di kawasan itu untuk menagihkan limau Mandarin sebagai tanda ingatan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut menjelang esok, Sabtu (10 Feb). – HARAKAHDAILY 9/2/2024