Kampung Baru Kuala Lumpur wujud lebih lama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Cadangan kerajaan PH-BN mengiktiraf Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan UNESCO dianggap tanpa melalui tatakelola biasa seperti termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Penasihat Keluarga, Wanita dan Kebajikan Kelantan Dr Zulkeflee Yaacob berkata, usaha itu bagi mendapatkan status tanah Kampung Baru Cina secara kekal.

Katanya ia dilihat menghapuskan sumbangan sesuatu etnik kaum lain dalam demokrasi pelbagai kaum di Malaysia.

Zulkeflee Yaacob

“Masyarakat Melayu tidak cuai dan leka kerana jika dilaksanakan bermakna mereka memadamkan sejarah orang Melayu di bumi sendiri.

“Cadangan menteri dari DAP tidak sesuai kerana hanya mementingkan Kampung Baru Cina sedangkan banyak lagi kampung-kampung Melayu dan populasi penduduk asal Melayu boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya di sini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bercadang mencalon Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi kepentingan budaya dan sejarah penempatan terbabit.

Menurutnya Kerajaan Pusat dan Selangor akan membincangkan perkara ini dengan lebih teliti membabitkan kampung yang diteroka sejak tahun 1948.

Cadangan pemimpin DAP terbabit ditentang pelbagai pihak termasuk pakar sejarah.

Dr Zulkeflee yang juga pensyarah UPSI berkata, ras etnik di Borneo seperti Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur lebih lama wujud dari Kampung Baru Cina.

Kata beliau cadangan pemimpin DAP terbabit hanya mengangkat naratif orang Cina yang membangunkan Selangor dan Kuala Lumpur dan menidakkan sumbangan kaum Melayu. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -