1,300 hamper akan diagih sempena Tahun Baru Cina

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak 1,300 hamper barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan Tionghua sempena Tahun Baru Cina, 10 Februari ini.

- Advertisement -

Gimik pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di Wisma Darul Aman, semalam.

Pada majlis itu seramai 30 orang kaum Tionghua dari golongan kurang kemampuan menerima sumbangan hamper bersama saguhati berupa wang tunai.

Sementara sumbangan kepada penerima lain akan diagihkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing kepada mereka yang telah dikenalpasti.

Turut bersama pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO, Chia Zhen. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -