4 sudut teknikal boleh dipelajari daripada Khairul Aming

Khairul Aming
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: RnD pempengaruh, Khairul Aming (KA) selama setahun berjaya menjual sebanyak 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi miliknya dalam masa 3 minit 39 saat baru-baru ini.

- Advertisement -

Jurutera Rekabentuk Kluster Kejuruteraan Jabatan Profesional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Faiz Razali berkata, terdapat empat sudut teknikal yang boleh dipelajari daripada perniagaan KA.

Pertama menurut Faiz, walaupun produk yang dihasilkan KA adalah produk tempatan, namun pasaran yang dihasilkan disifatkan antarabangsa.

“Dalam dunia bisnes, menghasilkan produk baru yang di luar kebiasaan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah ianya mampu menjadi berisiko sekiranya tersalah langkah.

“Namun, keluar dari kelompok kebiasaan inilah yang perlu kita pelajari. KA membina personal brandingnya selama lapan tahun lebih sebelum dia menjual produk.

“Jadi sudah tentu dia mengambil kira pelbagai faktor. Tak hairanlah apabila dia menjual apa-apa produk, peminat akan tetap membelinya,” kata jurutera tersebut dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, berkomunikasi secara langsung tanpa menggunakan ‘loghat’ Kelantan, menghasilkan video masakan yang beresolusi tinggi dan produk yang dihasilkan merentasi batas kenegerian.

Kedua katanya, dengan pemahaman KA bahawa sesuatu produk baru perlu tempoh masa yang lama untuk jadikannya sedap, berkualiti, bahkan dapat tampung kapasiti yang diperlukan bagi penuhi permintaan pelanggan.

“Beliau yang berlatar belakang pendidikan kejuruteraan tentunya memberi kelebihan dengan memantau sendiri keadaaan mesin dan fasiliti kilangnya yang diperlukan, tanpa mengharapkan kepada third party (pihak ketiga) ataupun orang luar.

“Berbeza dengan segelintir owner (pemilik) atau influencer (pempengaruh) yang tergesa-gesa ingin hasilkan produk baru, kerana kejarkan sales (jualan), hasilnya menjadi separuh masak.

“Kerana kurangnya feasibility study (kajian kebolehlaksanaan) atau pun risk management (pengawalan risiko) terhadap produk tersebut.  Akhirnya produk kurang berkualiti dan dihujani dengan kecaman follower (pengikut),” ujarnya.

Ketiga tambah beliau, KA bersikap transparensi dengan semua perniagaannya dari segi jualan, maklum balas pelanggan, penyediaan mesin dan proses hasilkan produk.

“Kaedah sebegini agak berbeza dengan kaedah konvensional yang sedia ada sebelum ini di mana usahawan bersifat agak tertutup dalam soal isu dalam rumah tangga.

“Hasilnya, masyarakat kini lebih trust the process (percaya kepada proses) berbanding output (penghasilan) semata-mata kerana personal branding (penjenamaan peribadi) itu memberi kesan yang lebih berbanding product branding (penjenamaan produk),” tambah Faiz.

Keempat menurutnya, KA amat memahami bahawa analisis 4M iaitu man (orang), machine (mesin), method (cara) dan material (bahan) perlu diambil kira untuk menghasilkan sesuatu produk.

“Hal ini dapat kita lihat dalam video-video beliau di mana beliau sangat menjaga kebajikan pekerjanya dengan memberi bonus dan trip (perjalanan) melancong ke tempat peranginan. Siap tempah kapal mewah lagi.

“Beliau juga amat teliti dalam setiap mesin yang diubahsuai supaya mampu tampung kapasiti yang tinggi, dengan nilaian ‘investment’ (pelaburan)  mencecah RM2 juta. Bahan asas makanannya juga dipilih dan berkualiti.

“Selain itu, dengan 2 buah kilang besar beroperasi sudah tentu perlu ada SOP tertentu dan menjaga amalan 5S agar kilang sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 7/2/2024

- Advertisement -