TMPs 2024: Banyak pihak mahu anjur pesta makanan

Asrul Aimran Abd Jalil
- Advertisement -

KANGAR: Penganjuran Pesta Makanan atau Food Festival amat digalakkan dalam usaha menghidupkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Sumber Manusia negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, menerusi program tersebut ia memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk turut serta dalam ruang niaga yang disediakan.

“Alhamdulillah kita ucapkan terima kasih kepada penganjur yang masuk secara bertubi-tubi untuk menganjurkan pesta makanan,” katanya di sini.

Sungguhpun begitu ujarnya, pihaknya terpaksa meletakkan syarat tertentu kerana kebanyakan penganjur yang datang adalah dari luar.

Tindakan itu jelasnya lagi untuk memberi peluang sekurang-kurang sebahagian yang terlibat adalah penganjur dari peniaga tempata.

“Langkah itu juga bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tempatan di samping memberi peluang kepada penduduk setempat untuk turut serta dalam acara-acara yang dianjurkan,” tegas Asrul.

Selain itu, pihaknya juga menggalakkan peniaga tempatan sendiri yang mengambil inisiatif menganjurkan program-program seumpama ini.

“Dengan cara begini, diharapkan akan terdapat lebih banyak peluang terbuka bagi peniaga tempatan untuk berkembang dan terlibat secara aktif dalam meningkatkan ekonomi setempat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -