Usrah diwujudkan berasas ikatan aqidah

Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiap ahli PAS wajib mengikuti usrah berdasarkan prinsip dan kerangka silibus yang telah disusun atur oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, berkata secara umum usrah merupakan sebuah kumpulan yang diwujudkan berasaskan ikatan aqidah.

Katanya mempunyai fikrah perjuangan dan kesedaran yang sama untuk berjuang pada jalan Allah bagi menegakkan Islam demi mencapai keredaan Allah.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, menerusi aktiviti usrah ahli jamaah akan lebih memahami dan mengetahui tanggungjawab mereka menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran di dalam kehidupan.

Ini kerana katanya di dalam medan perbincangan usrah, setiap ahli akan mendapat kupasan ilmiah daripada para naqib tentang kewajiban mereka berjihad menegakkan agama Allah dengan lebih mendalam.

“Sekiranya ahli tidak mendapat kefahaman yang jelas tentang hala tuju perjuangan parti, atau keperibadiannya yang tidak mencecah akhlak seorang pejuang sebenar, maka akan berlaku ketempangan di dalam pembawaan politik PAS,” katanya.

Tambah beliau, apa yang paling membimbangkan ialah apabila ahli itu meletakkan kepentingan peribadi melangkaui kehendak parti.

Maka tegasnya, akan berlaku persaingan yang tidak sihat seterusnya melemahkan dalaman parti. 

Justeru kata beliau, bagi mengukuhkan kefahaman ahli mengenai perjalanan parti, Lajnah Tarbiyah telah menjadikan aktiiviti usrah sebagai pemangkin pembinaan syaksiah ahli PAS. – HARAKAHDAILY 2/2/2024

- Advertisement -