Naik taraf lampu isyarat, lebar jalan atasi kesesakan

- Advertisement -

HULU LANGAT: Penaiktarafan lampu isyarat dan rancangan pelebaran jalan di simpang empat Bandar Bukit Mahkota-Bandar Sri Putra (BSP) diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Ustaz Nushi Mahfodz berkata, berdasarkan maklumat kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi, lampu isyarat tersebut sedang dinaiktaraf kepada teknologi tanpa wayar menggantikan sistem kabel sebelum ini terbenam di bawah jalan.

“Sistem wireless ini memberikan kelebihan dalam mengelakkan masalah putusnya kabel akibat kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

“Dimaklumkan juga, terdapat rancangan untuk melebarkan beberapa batang jalan di lokasi sama dalam masa terdekat,” katanya di media sosial miliknya pada hari ini.

Yang pertama ujarnya, jalan dari BSP menuju lampu isyarat akan diperluaskan dari tiga lorong kepada empat lorong.

Yang kedua tambah beliau, jalan dari plaza tol ke arah Semenyih juga akan diperluaskan menjadi tiga lorong bagi mengatasi masalah kesesakan di hadapan McD-Petronas.

“Saya memohon sangat agar kerja penurapan jalan mengatasi masalah jalan berlubang di laluan sebelah mendapat perhatian dan tindakan segera untuk keselesaan semua pihak,” gesanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada JKR yang bersungguh-sungguh mengusahakan solusi dan para pekerja yang bekerja lewat malam.

 “Semoga kerjasama dan peranan yang sama-sama kita mainkan akan membawa kepada peningkatan signifikan dalam kualiti kehidupan masyarakat di Semenyih. Insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/2/2024

- Advertisement -