SG4 perlu realisasi dasar parti kuasai kerajaan

Tuan Guru Dato' Hashim Jasin
- Advertisement -

ARAU: Dasar parti menguasai kerajaan hendaklah menjadi keutamaan di empat negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) yang juga dikenali sebagai State Goverment 4 (SG4) bagi memastikan ada kelainan berbanding negeri-negeri lain.

- Advertisement -

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, dasar tersebut hendaklah direalisasikan bagi memastikan setiap perkara diputuskan kerajaan negeri dibincang terlebih dahulu di peringkat parti.

Katanya perkara tersebut sudah dibincang di peringkat tertinggi parti dan menjadi ucapan dasar presiden pada muktamar PAS yang lepas.

“Kalau kita nak jamin kerajaan yang ada sekarang terus bertahan jadi kena laksanakan dasar parti menguasai kerajaan.

“Jadi alhamdilillah dasar itu diterima untuk dilaksanakan setelah dibincang dengan dengan Presiden Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum muktamar lepas.

“Kita harap ia akan memberi kesan yang baik dalam perlakasanaan di empat negeri termasuk Perlis,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Ditanyai dasar tersebut sudah dilaksana di Perlis setelah lebih setahun berada di bawah PAS dan PN katanya banyak lagi perkara yang boleh ditambah baik. – HARAKAHDAILY 26/1/2024

[Ikuti maklumat lanjut dalam Harakah cetak edisi akan datang]

- Advertisement -