Perlis kempen solat Subuh seperti Jumaat

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Kempen Solat Subuh seperti Jumaat akan disambut Kerajaan Perlis bagi membentuk jati diri rakyat terutamanya anak-anak muda.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, program tersebut amat baik dan wajar turut dilaksanakan di Perlis.

“Insya-Allah kita akan sambut kempen Solat Subuh macam Jumaat, saya rasa ini satu program yang sangat baik.

“Sebelum ini pun kita berhasrat untuk memantapkan anak muda menerusi program Hayya a’lassolah,” katanya ketika ditemui di pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Ditanya perubahan selepas setahun PAS dan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk kepimpinan, kerajaan negeri Menteri Besar berkata, antaranya menamatkan premis judi dan memartabatkan tulisan jawi.

“Penutupan premis judi disambut baik rakyat termasuk penduduk yang bukan beragama Islam.

“Yang marah pun hanya tauke judi saja, mereka boleh beralih ke Pulau Pinang lah kalau nak buka juga pusat perjudian berlesen,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/1/2024

- Advertisement -