Tangguh bayaran royalti petroleum, NGO turut terkesan

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kelewatan bayaran royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Terengganu turut memberi impak kepada badan bukan kerajaan (NGO).

- Advertisement -

Pengerusi Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Wan Faizul Wan Abas berkata, badan yang pihaknya boleh sertai dalam kerajaan ialah melalui Majlis Muafakat NGO Terengganu (MMNT).

“Jadi kerajaan negeri melalui portfolio belia, sukan dan NGO menubuhkan MMNT ini untuk memudahkan NGO membuat program dan juga mencapai objektif NGO mereka.

“Program yang dulunya kami boleh buat sekarang ini menjadi lebih terhad kerana kekurangan dana atau bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut kata beliau, sebelum ini kerajaan negeri biasanya membantu NGO untuk melaksanakan program tetapi kini bantuan yang diberikan agak terhad.

“Bermula tahun 2023 agak sukar untuk kami mendapatkan dana atau bantuan itu. Alasannya bila kami merujuk sendiri kepada exco antaranya ialah isu royalti yang menjadikan peruntukan terhad.

“Bayangkan daripada sepatutnya RM1.5 bilion hanya RM500 juta dibayar kepada kerajaan negeri pada tahun 2023, bayangkan RM1 bilion tidak diberikan dalam keadaan bajet kerajaan itu yang meliputi juga bajet NGO, tiba-tiba kami tidak boleh.

“Kita akur lah kerana itu merupakan keutamaan kerajaan negeri mesti buat. Walaupun memerlukan keutamaan kepada belanja operasi kerajaan negeri, maka NGO tidak boleh dibantu lagi.

“Kami terpaksa berdikari dan sudah tentu menghadkan program-program yang di bawah NGO,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/1/2024

- Advertisement -