Memori ini sangat mahal harganya…

- Advertisement -

Hari menjelang senja. Masa untuk pasang lampu gasolin…

- Advertisement -

Masih tersimpan di teratak ayahanda dan bonda. Rumah kami agak lambat masuk elektrik walau lokasinya hanya beberapa ratus meter saja dari jalan besar.

Awal 80-an masa sekolah rendah, inilah lampu yang berjasa besar menerangi rumah kami. Ambo jadi tukang pasang lampu bila nak masuk maghrib. Bab nak pasang lampu gasolin ni jangan kecek kita. A-Z kita boleh cerita dan buat praktikal.

Budak-budak generasi Y sekarang tak kenal doh cecair spirit nak buat cucoh mentol lampu dari benang cap butterfly. Lepas mentol nyala terbakar baru pam angin.

Bukan setakat menerangi rumah, lampu ini juga akan dibawa ke padang tempat tanam tembakau bila kerja kena sambung sampai ke malam. Lampu ni jugok ayah bawak gi nyuloh ketam.

Memori ini sangat mahal harganya… – HARAKAHDAILY 22/1/2024

- Advertisement -