Presiden Umno paling gusar kerajaan Madani hilang kuasa

Nor Azariza Mohd Alwi
- Advertisement -

KOTA BHARU: Perjuangan PAS berbeza berbanding parti-parti lain kerana ada elemen harakah islamiah dan dakwah yang merentasi kaum dan agama.

- Advertisement -

Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alwi berkata, dakwah yang digerakkan PAS membolehkan parti itu bekerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO.

Katanya PAS pernah berkawan dengan DAP ketika era reformasi bagi menghadapi penganiayaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu.

“PAS berlawan dengan DAP atas asas prinsip bagi sama-sama menentang kezaliman kerajaan BN ketika itu.

“Lagi pun pemimpin DAP tidak menunjukkan penentangan terhadap prinsip perjuangan PAS bagi menegakkan daulah Islamiah.

“Namun selepas PAS melancarkan Dokumen Negara Islam, DAP menentang keras sehingga hubungan dengan DAP terelai,” katanya di sini.

Begitu juga kata beliau PAS menjalin kerjasama dengan Umno atas nama penyatuan ummah selepas pilihan raya umum 2018.

Menurutnya kerjasama itu terjalin selepas berlaku gugatan yang begitu membimbangkan terhadap hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, ketika itu terdapat banyak kenyataan individu bukan Islam di media sosial yang mempersendakan orang Melayu dan agama Islam.

Bagaimanapun kata beliau penyatuan ummah yang digerak PAS dan Umno terbantut selepas Presiden Umno memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai Anwar.

Katanya juga langkah yang diambil Datuk Seri Ahmad Zahid Zahid tidak disenangi ramai ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga muncul pelbagai langkah yang geger sebelum ini.

“Difahamkan daripada 27 orang orang Ahli Parlimen Umno terdapat 18 orang yang tidak bersetuju dengan tindakan Presiden Umno.

“Kebimbangan itu kita dapat kesan sehingga Zahid mencadangkan dibentang Rang UNdang-Undang Penggal Tetap Parlimen bagi mengekalkan kuasa politik PH sehingga pilihan raya umum ke-16,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/1/2024

- Advertisement -