PASRelief tekad masuk ke Gaza serah sumbangan Malaysia

- Advertisement -

PATTANI, Thailand: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) bertekad untuk menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza yang menjadi sasaran kezaliman Zionis-Israel.

Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah memberitahu, usaha masuk ke Gaza tersebut bagaimanapun sehingga kini masih berhalangan sejak cubaan dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun maklumnya yang juga ADUN Penaga, serahan sumbangan langsung berjaya dilakukan menerusi pimpinan HAMAS menerusi pertemuan yang pernah diadakan di pintu sempadan Rafah di Mesir.

Beliau memberitahu perkara itu ketika memperkenalkan PASRelief dalam majlis serahan sumbangan Misi Bantuan Banjir PASRelief di Sekolah Muslimin Bamrung di Tabing, Sai Buri, di sini sebentar tadi.

Serahan diterima bersama oleh Ketua Persatuan Pondok Wilayah Selatan Thailand, Baba Sawari Hassan dan Mudir Sekolah Muslimin Bamrung, Ustaz Abdullah Awang.

Dimaklumkan kepada delegasi, pada kejadian banjir hujung Disember lalu, sebanyak 74 pondok di bawah persatuan tersebut dilanda musibah yang berat, manakala sekitar 10 pondok lagi mengalami masalah ringan.

Serahan melibatkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur, pakaian, al-Quran dan wang tunai yang diharap Ustaz Yusni dapat meringankan beban dialami oleh mangsa-mangsa kejadian itu.

Majlis ringkas di sini menjadi lokasi terakhir serahan sumbangan PASRelief pada misi ini di mana misi selanjutnya akan dilaksanakan selepas cerapan maklumat semasa dilakukan nanti.

Turut serta dalam delegasi kali ini adalah Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Juga Ahli Jawatankuasa PASRelief, Senator Ustaz Musaoddak Ahmad dan Dr Rosni Adam serta Kordinator PASRelief Negeri, Ustaz Mohd Rosli Azmi (Kedah), Ustaz Roslan Md Esa (Pahang) dan Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahaya (Sabah).

Sumbangan daripada orang ramai dan para dermawan boleh dihulurkan menerusi akaun Maybank Islamic 5640 7061 2333 atas nama PASRELIEF dengan rujukan ‘banjir Selatan Thai’. – HARAKAHDAILY 18/1/2024

- Advertisement -