Teruskan boikot, Zionis-Israel tidak henti membunuh!

Boikot juga produk intelektual kolonial Barat yang bercanggah Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemboikotan produk material Zionis-Israel dan syarikat yang menyokongnya adalah satu tindakan yang amat penting di mana mesti dikekal dan diteruskan, malah diusahakan secara konsisten.

Pengasas Projek Kemanusiaan dan Kebudayaan Global Baitulmaqdis, Prof Dr Abd Fattah El-Awaisi menyeru dunia memberi perhatian bahawa tindakan pemboikotan tersebut mesti dilakukan sebagai sokongan kepada rakyat di Gaza, Palestin.

- Advertisement -

Apatah lagi menurut beliau, dalam keadaan dahsyat sedang dialami di sana iaitu Holocaust atau pembunuhan beramai-ramai oleh kekejaman rejim Zionis-Israel yang kini sudah melebihi 100 hari. 

“Tetapi ada satu lagi jenis boikot yang kita telah abaikan. Ia adalah antara boikot yang terpenting dan terbesar. Yang akan memanifestasikan tindakan masa hadapan. Iaitulah boikot produk intelektual Barat,” ujar beliau.

Beliau selaku juga pensyarah hubungan antarabangsa di beberapa universiti dunia merujuk kepada segala jenis Kolonialisme dan Ekspansionisme, Salibisme dan Zionisme, serta pembaratan dan budaya asing yang bercanggah dengan prinsip dan nilai Islam.

Tegasnya, produk intelektual kolonial Barat tersebut menyerang minda Muslim dan bersarang di dalamnya dengan menguasainya sepenuhnya atau sebahagian hingga akhirnya menjadikan diri Muslim itu terjajah.

Kerana jelas beliau, apabila produk intelektual kolonial Barat menduduki minda Muslim dan juga susunan mental di negara Muslim, maka ia akan menimpanya dengan malapetaka kognitif. 

Terang Dr Abd Fattah, minda Muslim menjadi diperhambakan oleh intelektual kepada Barat yang secara serius mempengaruhi pemikiran, pendidikan, budaya dan tingkah laku seorang atau umat Muslim. 

“Sehingga kubu kita menjadi terancam dari dalam, dan kita menjadi mangsa tawanan tamadun lain, bersama-sama dengan kehilangan tamadun kita sendiri. Dan kita menjadi dalam keadaan yang dikenali sebagai ‘perendaman tamadun’ dan ini adalah jenis pencerobohan paling berbahaya telah menimpa negara Islam kita.

“Apa yang diperlukan adalah meneruskan boikot produk intelektual penjajah Zionis dan Kolonial Barat, sama seperti kita memboikot produk material kolonial Barat dan penjajah Zionis,” serunya. – HARAKAHDAILY 16/1/2024

- Advertisement -