Peluang cerah PAS kuasai semula Dun Kota Lama

Nor Azariza Mohd Alawi
- Advertisement -

KOTA BHARU: Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama.

- Advertisement -

Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan berkenaan Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pelantikan itu dibuat memandangkan Dun terbabit terlepas ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas.

Katanya pelantikan itu dibuat bagi memudahkan kerajaan negeri menyalur bantuan kepada rakyat.

“Kekalahan PAS di Dun Kota Lama pada PRN lepas bukan bererti kita tidak buat kerja di situ. Malah Jumaat lepas bantuan segera disampaikan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada diskusi Hashim dan Syuwari bersama Ustaz Nor Azariza di Facebook Legasi Tok Guru dan Tiktok Tv Kota Bharu malam tadi.

Mortazi dilantik Timbalan Pengerusi (1) MTD, Dato’ Zamri Ismail pula Timbalan Pengerusi (2) MTD merangkap Pengarah PKD.

Nor Azariza juga berkata, PAS ada peluang cerah menguasai semula Dun Kota Lama memandangkan Adun Pakatan Harapan (PH) Dr Hafidzah Mustakim hanya menang tipis 202 undi.

“Dun Kota Lama dimenangi Dato’ Anuar Tan Abdullah selama beberapa penggal yang menyaksikan turun naik sokongan pengundi kepada PAS.

“Calon PAS pernah menang di kerusi tersebut dengan hanya 34 undi pada 2004, namun terus meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

“Dun Kota Lama dianggap kerusi panas panas kerana pernah dimenangi BN melalui MCA pada PRU 1995,” katanya.

Sementara itu berdasar post mortem PRN15, PAS gagal mempertahankan Dun Kota Lama pada PRN lepas kerana ramai pengundi muda tidak pulang mengundi. – HARAKAHDAILY 16/1/2024

- Advertisement -