Kerajaan negeri, NGO bantu rakyat miliki rumah

- Advertisement -

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyelaras program kebajikan untuk rakyat.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan NGO termasuk membantu rakyat mendapatkan rumah.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Skuad Prihatin untuk membantu rakyat memiliki rumah.

“Sekarang konsep negeri berkebajikan ialah kerajaan bersama dengan pelbagai pihak membantu rakyat.

“Kita bincang dengan Skuad Prihatin untuk kolaborasi bagi membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci PPTS, di sini, hari ini.

Maliaman yang juga Adun Ajil berkata, kos pembinaan rumah secara bersama dengan NGO tidak menelan kos mahal iaitu kira-kira RM50,000 di mana lengkap lengkap dengan perabot.

“Kos itu daripada pihak kerajaan dan NGO. Insya-Allah akan dibuat segera selepas perbincangan dengan Skuad Prihatin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/1/2024

- Advertisement -