Penyeludupan: Polis Kelantan pergiat kawalan risikan

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan akan menggerakan satu pendekatan baharu dalam mempergiatkan kawalan risikan bagi menangani dan membanteras masalah penyeludupan dadah, pendatang tanpa izin serta barangan kontraban.

- Advertisement -

Ketuanya, Dato’ Muhamad Zaki Harun, berkata, pihaknya turut merancang akan turut bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak kerajaan negeri serta agensi terlibat.

Katanya, pada tahun 2024 pihaknya juga turut akan membawa satu perubahan dalam merancang strategi yang lebih berkesan bagi menumpas sindekit penyeludupan ke negeri ini.

“Perancangan serta kawalan risikan yang strategi ini penting agar segala tindakan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan ditambah pula adanya pelbagai jabatan dan agensi yang sama-sama memberi tumpuan dan kerjasama yang padu.

“Oleh itu, kita mengharapkan pada tahun ini (2024) kita dapat menumpaskan sindekit penyeludupan ini dengan lebih banyak berbanding pada tahun sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengadakan mesyuarat bersama agensi penguatkuasa sempadan, bertempat di Bilik Gerakan Martak, Lubok Setol, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan warganegara Myanmar dari etnik Rohingya dilihat menjadi penyumbang terbesar yang ditangkap tahun lalu membabitkan tangkapan seramai 645 inidvidu.

Operasi yang dilaksanakan secara bersepadu baru-baru ini di kawasan tumpuan adalah di sekitar Jalan Dato’ Pati merangkumi Hentian Bas Kota Bharu, hentian teksi dan Pasar Pokok Pinang.

“Bagaimanapun, saya percaya kerajaan negeri juga telah mengambil berat dan melihat perkara ini dan dari semasa ke semasa kita akan sentiasa bersedia untuk memastikan keselamatan masyarakat kita terus terjaga,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/1/2024

- Advertisement -