KUFC bayar semua gaji pemain tertunggak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemain dan pegawai Kelantan United FC (KUFC) akan menarik nafas lega apabila baki bayaran gaji yang tertunggak dijangka diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini.

- Advertisement -

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, bayaran gaji tersebut melibatkan bulan Oktober, November dan Disember lepas akan selesai akhir bulan ini.

Katanya bayaran itu dijelas secara berperingkat iaitu sebahagiannya pada pertengahan bulan ini dan bakinya akan dibayar hujung bulan ini.

“Alhamdulillah kita bersyukur masalah gaji hampir selesai. Sebelum ini kita telah membayar gaji secara berperingkat-peringkat,” ujarnya ketika ditemui di MABNA di sini.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KUFC, Wan Zul Ikmal Wan Abdul Aziz berkata pihaknya sebelum ini mengeluarkan memo berhubung jadual pembayaran gaji dan ia dipersetujui semua pihak.

Kata beliau KUFC sentiasa komited melangsaikan segala tunggakan apabila memulakan proses bayaran bermula pertengahan Disember 2023 dan separuh gaji Ogos sebelum perlawanan terakhir Liga Super.

“Sehari selepas perlawanan itu, kelab melakukan pembayaran gaji untuk September kepada semua pegawai, jurulatih dan pemain,” katanya pada kenyataan baru-baru ini.

Rozi turut melahirkan rasa syukur memandangkan KUFC memperolehi Lesen Kebangsaan untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025. – HARAKAHDAILY 9/1/2024

- Advertisement -