‘Teruskan bakti serta rawatan terbaik untuk kami di Jerantut’

- Advertisement -

JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menghargai bakti dan rawatan yang dicurahkan oleh pihak hospital di sini dalam memberikan rawatan yang terbaik untuk rakyat.

- Advertisement -

“Untuk Tuan Pengarah dan team Hospital Jerantut, teruskan khidmat bakti serta rawatan yang terbaik anda untuk kami di Jerantut,” ujarnya dalam satu hantaran menerusi laman sosial beliau.

Menurutnya, masih kuat di ingatan sehingga kini, antara perkara pertama yang beliau telah lakukan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen Jerantut adalah mengadakan sesi libat urus dengan pihak pengurusan Hospital Jerantut yang diketuai oleh pengarahnya, Dr. Mohd Sharafana Senasi Abdullah.

Katanya, banyak juga luahan dan informasi yang beliau dapat melalui sesi pertama ketika itu, antara cabaran terbesar adalah berkenaan kekurangan doktor di hospital.

“Alhamdulillah, perkara ini telah berjaya saya bawa ke Dewan Rakyat untuk perhatian Malaysia dan masalah itu telah selasai dan keadaan di Hospital Jerantut bertambah baik. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Hospital Jerantut juga akan mendapat blok baru yang masih dalam fasa pembangunan.

Pada kali ini, katanya pengarah sendiri mengiringi beliau melawat tapak pembinaan bangunan baru untuk melihat perkembangan terkini projek untuk rakyat itu. (Foto atas)

Walau bagaimanapun, ujarnya masih terdapat beberapa penambahbaikan kemudahan asas yang diperlukan seperti surau, sistem internet yang lebih baik serta bilik server agar pengurusan hospital boleh berfungsi dengan lebih efisien dan pantas.

“Insya-Allah akan dipanjangkan kepada pihak yang berwajib. Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Mohd Sharafana yang telah sudi menerima kunjungan kami dalam beberapa sesi libat urus kami bersama,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

- Advertisement -