Hamdan Senario meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak senior, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli akan dikebumikan di Ipoh, Perak malam ini.

- Advertisement -

Allahyarham yang berusia 54 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pada 12.40 tengah hari tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan rakan artis, Azlee Jaafar dan jenazah dibawa ke Ipoh pada jam 4.15 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri Norhamalini Ahmed, 53 tahun, serta empat orang anak Muhamad Zeyreen Misha, 31 tahun, Muhamad Nazreen Aiman, 28 tahun, Muhamad Syazreen Haqem, 25 tahun, dan Nur Natasya Umairah, 21 tahun.

Terdahulu pada 1 Jan lalu, Hamdan ditidurkan di HSA selepas didapati mengalami komplikasi buah pinggang.  HARAKAHDAILY  5/1/2024

- Advertisement -