Covid-19: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Tiga daerah di Kedah dilaporkan mempunyai jangkitan Covid-19 agak membimbangkan.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Norizan Ismail, tiga daerah berkenaan melibatkan Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

Maklumnya lagi, setakat 23 Disember jangkitan Covid-19 di Kedah direkodkan lebih 9,000 kes dengan 40 kematian.

“Laporan kes yang paling tinggi adalah di daerah Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar. Tiga daerah itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Oleh itu secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada peningkatan kes selain pergerakan pekerja dan sebagainya,” kata beliau ketika menjadi tetamu konti media tempatan di sini, semalam.

Ujarnya lagi peningkatan kes itu juga berpunca dari kemasukan pengunjung berikutan musim cuti persekolahan selain menggunakan negeri itu sebagai laluan untuk memasuki Thailand.

Oleh itu, orang ramai terutama di Kedah dinasihatkan melakukan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan kemasukan pesakit di wad. – HARAKAHDAILY 3/1/2024

- Advertisement -