Projek pendalaman Sungai Alor Merah

- Advertisement -

SESI turun padang meninjau keadaan sungai Alor Merah yang sering menjadi punca kepada banjir di Alor Merah.

Insya-Allah JPS telah memberikan jaminan bahawa isu ini akan dapat diselesaikan seawal Mac 2024 selepas bajet lulus.

Projek ini membabitkan kerja-kerja membersih tebing dan mendalamkan sungai Alor Merah. 

Lawatan pagi tadi melibatkan Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir (ADUN Suka Menanti), MBAS, JPS dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Hadi Hisham.

Kerjasama JPS – MADA akan membantu untuk membina culvert bagi menggantikan jambatan sedia ada di Kg Hujung Alor Merah yang rendah dan selalu ditenggelami banjir.

Perkara tambahan semasa sesi turun padang ini adalah melibatkan pembinaan bonggol jalan di kawasan sekolah.

MBAS akan membina beberapa bonggol (gon) di jalan kampung Alor Merah untuk mengawal kelajuan berhampiran sekolah. 

YB TUAN AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar– HARAKAHDAILY 2/1/2024 

- Advertisement -
- Advertisement -