Kumpulan Penentang Islam Iraq serang pangkalan AS di Syria

Pangkalan tentera Amerika Syarikat di kampung Al-Khadra di timur laut Syria telah diserang Kumpulan Penentang Islam di Iraq dengan menggunakan dron. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: Kumpulan Penentang Islam di Iraq telah menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kampung Al-Khadra di timur laut Syria.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab atas serangan dron ke atas pangkalan tentera AS di  lokasi tersebut pada Isnin (1 jan), waktu tempatan.

Media Barat turut memetik sumber mereka sebagai melaporkan serangan dron pertama ke atas pangkalan udara Ain al-Asad di wilayah Al-Anbar di barat Iraq, lokasi di mana pasukan tentera AS ditempatkan.

- Advertisement -

Pada petang hari ini Selasa (2 Jan), kumpulan pejuang Islam itu juga menyasarkan pangkalan tentera AS di medan gas Koniko di timur Syria dengan serangan roket yang sengit.

Agensi berita AFP memetik seorang pegawai AS, melaporkan bahawa 103 serangan telah dilakukan terhadap tentera AS di Iraq dan Syria dari 17 Oktober 2023 hingga sekarang hari ini.

Kumpulan Penentang Islam di Iraq merupakan sebuah kumpulan payung yang mewakili beberapa puak bersenjata Iraq, memulakan serangannya ke atas pangkalan AS di Syria dan Iraq berikutan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan sokongan penuh Washington untuk perang genosid Zionis.  HARAKAHDAILY  2/1/2024

- Advertisement -