Langkah Jabatan Agama Islam Perak banteras maksiat dipuji

- Advertisement -

IPOH: Dewan Ulamak PAS Perak merakam ucapan tahniah kepada Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang bergiat aktif dalam mencegah kemungkaran.

Ketuanya, Ustaz Ibrahim Zakaria berkata, pada 10 November lepas Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk menjalankan serbuan di Pusat Refleksologi (rumah urut) di sekitar Gunung Rapat, Ipoh.

- Advertisement -

Katanya berdasar laporan pusat urut tersebut dikendalikan seorang perempuan dan lima pekerja, di mana kesemuanya beragama Islam.

“Dalam serbuan tersebut dua orang lelaki ditahan di bawah seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 (Khalwat) dan Seksyen 29 enakmen yang sama (Menggalakkan maksiat),” katanya pada kenyataan di sini.

Manakala pada 5 Disember, JAIPk melaksanakan Ops Cegah Pondan dijalankan di sekitar Ipoh.

Pada operasi tersebut lima orang pondan yang berasal dari Thailand ditahan bagi pengesahan identiti dan siasatan awal. Termasuk juga dua orang lelaki ditahan bagi tujuan dokumentasi.

Pada 22 Disember pula sekali lagi diadakan serbuan ke sebuah premis yang dipercayai dijadikan pusat pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh. Serbuan melibatkan 30 anggota JAIPk dan dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Dalam serbuan tersebut, seramai 43 orang lelaki dan perempuan ditahan untuk tujuan dokumentasi dan ujian saringan air kencing oleh AADK.

??????? juga berkata, usaha penguatkuasaan Undang-undang Syariah yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah JAIPk iwajar diberi perhatian umat Islam khususnya, bagi mengurangkan maksiat di negeri itu.

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru pada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. (Surah Ali Imran: 104)

Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat ini menyatakan;

والمقصود من هذه الآية أن تكون فرقة من الأمة متصدية لهذا الشأن

“Maksud ayat ini adalah hendaklah ada segolongan daripada umat ini yang sedia memegang tanggungjawab ini (amar makruf nahi munkar)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim). – HARAKAHDAILY 29/12/2023

- Advertisement -