Baddrol bersama Squad Pantas BB7 bersih semak samun

- Advertisement -

YAN: Cuti kelepasan am sempena perayaan hari Natal tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Baddrol Bakhtiar mengambil kesempatan itu untuk bersama-sama turun padang membersihkan kawasan persekitaran.

“Saya bersama Squad Pantas BB7 turun bergotong-royong membersih semak samun di sebelah Klinik Komuniti Gurun,” maklum beliau melalui media sosialnya.

Katanya lagi, beliau mendapat sepenuh kerjasama dari ahli Squad Pantas BB7 dan E-Idaman untuk menjalankan kerja terbabit.

Ujarnya, laluan berhampiran Klinik Komuniti Gurun dipenuhi semak samun dan merbahaya kepada pengguna yang lalu lintas di situ.

“Alhamdulillah, selesai kerja-kerja membersih, laluan ini tidak lagi dipenuhi semak dan selamat untuk digunakan,” jelasnya lagi.

Justeru beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan gotong royong itu. – HARAKAHDAILY 26/12/2023

- Advertisement -